Saturday, June 12, 2010

ini ayahku

hari ini ayah balik lewat lagi."kena pergi nilai ni.ada kerja yang perlu disiapkan disana.balik lewat sikit".kat-kata inilah yang terbit di mulut ayahku.Ayahku lantas mengambil kunci keretanya lalu keluar kembali.ayah pulang ke rumah kerana ingin melihat sebentar wajah cucunya.Kepenatan ayah jelas terpampang dimukanya.Namun,masuh ada lagi terukir senyuman di bibirnya.Biarpun senyumannya pahit akibat penat bekerja,tapi ayah tetap senyum.Ayah pergi ke keretanya sambil ditemani aku.aku hanya sempat melafazkan perkataan hati-hati untuk ayahku yang tercinta sebelum keretanya meluncur laju hilang dari pandangan mataku.Pengorbanan ayahku sangat besar buatku.Kegigihan ayah membuatkan aku terharu.Secara tidak langsung memberi semangat kepadaku

Dengan kisah yang ringkas tadi,aku ingin berpesan kepada semua pembaca bahwa hormatilah insan bernama ayah.Kerana ayahlah engkau cukup makan dan minum.Kerana ayah jugalah engkau dapat melihat dunia yang indah ini.Maka hormatilah ayah.Hanya itu sahaja yang aku pinta

No comments:

Post a Comment